cerita kita

Sunday, April 11, 2010

~Di sini bermula.........~

Basi sudah cerita ini kalau mahu ku ceritakan...Almaklumlah mungkin aku "busy" atau pun culture shock di sini..Di sini bermula...segala-galanya apa yang telah dipelajari selama ini perlu diaplikasikan di sini....SABAH....nice place...

First aku tahu aku bakal dipostingkan ke Sabah,aku terkedu seketika dan kemudian menangis seorang diri dan pada masa tu hanya rumate ku sahaja yang tahu yana dan k.min...Dan kemudian apabila ramai yang tahu aku jadi bersemangat dan lagi bersemangat apabila ramai yang menyusul keputusan seperti aku juga..Sabah!!!

Masa untuk melapor diri!!! Parents aku tersangat risau...tp aku selamba jer..ku lihat kawan2 menangis kesedihan bila mahu berpisah dengan parents diaorang...aku???must be independent!! go go chaiyok...sesampai saja di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) hari sudah gelap tp baru jam 7.30ptg..wah aku sudah terkena kejutan waktu...semuanya berlaku dengan pantas...

Taklimat bermula jam 9.30mlm...Aku ternganga mendengar apa pegawai pelajaran tu cakap..tidak faham dan lambat untuk difahami... Pagi...sarapan jam 6.30pg..hahaha...awalnye..tapi matahari sudah muncul bah...hari ini semua akan tahu di mana tempat dan sekolah yang bakal dihuni...Siti Mardhiyah Mansor..S.K Merotai Besar. Tawau...waaahh naik flight lagi..selamat tinggal semua kawan-kawan..huhu dan selapas dapat tahu sekolah baru lahaku rasa sedih..terus diam..mereka juga perasaan yang aku sudah mula tiada perasaan..waaa..kuatkan semangat..Macam mana la sekolah tu kan??


Monday, December 28, 2009

~ermmm...2009 ..bye2~

ermm..lagi beberapa hari 2010 akan menjelang..dan sempena itu juga title aku akan berubah..sekarang bukan lg pulang ke Bangi tetapi ke Tawau..makin jauh..bukan lagi sebagai student dan bukan lagi guru pelatih tetapi Guru Sandaran Terlatih..But, memories never end in my mind..5 tahun 6 bulan mengajar erti kehidupan..mengajar erti berdikari dan segalanya bermula di sini untuk aku sampai ke Tawau.. ^_^ 2009 penuh kenangan...tempoh yang penuh suka dan duka..penuh dgn pengalaman ttp ianya belum cukup lagi untuk melengkapkan aku sbg guru..perlu lg aku belajar..mencari pengalaman..harap semangat tidak pernah luntur..harap 2010 bakal memberi pengalaman yang baru...kepada kawan2 seperjuangan...ukhwah kita bukan sampai di sini saja..semoga kekal selamanya...
kenangan 2009..terlalu banyak..bukan saja 2009 tetapi sepanjang aku belajar untuk menjadi guru..kawan2 semuanya menjadi sokongan dan tempat mengadu..terlalu pantas masa berlalu..5 tahun 6 bulan berlalu dengan pantas..masih lagi aku ingat sebelum melangkah kaki ke alam guru palatih..aku gelisah utk menunggu tempoh penghabisan...tp sekarang..mahu saja diputarkan semula waktu itu...
2004-2005....aku still budak2..n skrg pun budak2..IPDA
Year 1..IPIS...masih dalam mood mahu dan tidak mahu...thanks semua
2007...mula utk serasi..
2008...serasi bersama...
KRS..Perkhemahan Unit Beruniform..BESUT Kami sgt happy..
2009...Antara aktiviti terakhir...KOT

Saturday, December 19, 2009

~semoga semuanya baik-baik saja~

Salam Maal Hijrah 1431 H..

Alhamdulillah masih lagi aku diberi kesempatan hidup untuk meneruskan hidup sebagai insan kerdil du muka bumi Allah yang luas ini pada tahun ini..Semoga semuanya berlangsung dengan baik-baik saja..Ku mohon supaya tahun ini diberikan ketabahan,kecekalan hati dan keredhaan dengan semuanya yang serba baru..Hidup baru, tempat baru, title baru..All the best untuk semuanya..

Aku insan yang terlalu leka dengan dunia...
Khilafku sentiasa...ada
Janji...jadi mainan bicara..
Hanya tersedar pabila di timpa musibah..

Tuhanku..
Ku mohon hidayah-Mu
Ku mohon keampunan..

Ku mohon diberi kekuatan..
Ku mohon keredhaan-Mu..

Semoga aku lebih dekat denganMu..



Monday, November 2, 2009

>>>>Malam Pesona Mahabbah 2009<<<<


As usual..every year mesti diadakan Malam Pesona Mahabbah utk Kolej Kediaman..Dan ini merupakan kali ketiga ianya diadakan dan yang terakhir buat aku menghadirinya..ermmm..

Tiada apa yang menarik sangat utk kali ini kerana ramai yang tidak hadir dan ianya terlalu rush..but thanks to all ajk kolej coz berjaya juga mengadakannya walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa..

Cerita pasal malam ni...orang yang xdtg tu xpela tak kisah la..aku n yang len ni cuba utk buat2 happy..tp mmg happy..sbb lyn hal sendiri..yela dh senior then junior lak cam buat xtau je..so mlm tu kononnya utk meraikan kitaorg jugak la, PISMK...tp kitaorg meraikan diri sendiri..hehe

malam kita!!!

mahu makan!!

wif shark..berebut pokok belon

k.yam si ratu semanis kurma..

iyyah..mau panjat pokok belon


Thursday, October 29, 2009

~berakhirnya satu pengembaraan~

MyEm0.Com

...mungkin boleh juga dikatakan ianya berakhir walaupun aku tidak tahu apa lagi yang bakal mendatang...yup,,memang aku tidak tahu apa seterusnya..

petang tadi merupakan paper last untuk final exam semester 8..ya..dh cukup semuanya 4 tahun aku mengembara di sini denga pelbagai rintangan yang melanda..Alhamdulillah exam sudah berakhir...jam 4.55 ptg..aku sudah selesai menjawab paper Tarikh Al-Adab Al-Arabiy..
MyEm0.Com

Petang berganjak ke senja..kawan-kawan mengajak untuk keluar makan berjalan kaki..ye jalan kaki..sudah lama tidak berjalan keluar..mengingatkan sudah lama aku tidak bergaul n menyepi dan membuat hal sendiri ada baiknya aku menyertakan diri bersama-sama..emm..tapi rasa kurang enak dan terselit sedikit janggal..aku pun tidak tahu apakah ia...

aku mahu bermalasan selepas ini..malam,,mereka semua ada agenda tersendiri..ya..exam sudah abes..aku pun merayap dari bilik ke bilik dan menetap di bilik ju seketika..kata-kata dari k.yam.fuh..utk aku tu..waaa mardhiyah dh seminggu xjengah ke bilik kita..haha mmg pun k.yam saya bertelur kat bilik sendiri..exam punya pasal..aku bukan apa malas nk join orang study sbnrnnya..tu la perangai aku bila nak exam..

yana datang bagitau nset ku berbunyi..ooh..aku tau ni mesti mak aku..huhu nk cakap apa sal exam td ek..then terus call mak aku bali..waaah.dh lama xsembang2 sebegini sbb pg td sblm aku dh menangis kt mak aku sbb risau xleh jwb..yela aku ni xpndai sgt b.arab..tp mlm ni mak aku ciap ckp suara aku segar je..ok ke td??ntah la jawab je..hehe...
MyEm0.Com

emmm..mau bt ape lak ye..surfing..layan muvie..lepak bilik shark..bilik k.ain..sume sudah..hingga la smpai ke cni akhirnya..ye dh lama xupdate blog..begitulah ia...semoga berakhir dengan sempurna..dan Redha denga yang bakal mendatang...

Friday, October 2, 2009

~Syawal 1430~

sepanjang syawal 1430....sudah lama aku tidak menjenguk blog ini sebenarnya..nie je kenangan yang ada sepanjang syawal ni...

Pagi 1 syawal..waa..mak n abuya..huk2..tak ada gmbar aku pun 1 syawal coz bz kt dapur



Haziq kegembiraan di pagi Syawal..

mikael kepanasan..

Reunion SMKATJ 99/01-03
Jamuan Hari Raya...Batu Burok Beach Resort
4 syawal 1430


Jom Raya-raya...



Friday, September 4, 2009

..5 Perkara dan Jawapannya..

Aku mencari keberkatan dan keperluan hidup...aku mendapatinya dalam solat Dhuha..

Aku mencari penerang untuk alam kubur...aku mendapatinya dalam solat malam..

Aku mencari jawapan untuk menjawab soalan malaikat...aku mendapatinya dalam membaca al-Quran..

Aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberangi titian Sirat...aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah..

Aku mencari naungan Arasy...aku mendapatinya dalam beribadah kepada Allah S.W.T