"Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan beribadat didalam hatinya yang akan dimilikinya hingga sat dia bertemu dengan-Nya."
Sumber: Solusi
Ketahuilah....Keindahan Menahan Pandangan Mata...
*Memerdekakan Hati Daripada Kelalaian*
Jika orang yang mabuk arak mampu segera sedar kembali namun orang yang mabuk cinta sukar menyedarkan kembali kewarasannya walau diketuk berkali-kali. Kelalaian hatinya akan mengheretnya perlahan-lahan ke dalam mimpi ngeri, zina terkutuk.
*Menajamkan Akal*
Orang yang menahan pandanagn mata ialah orang yang sedang berusaha menajamkan akalnya kerana kemampuan akal mempertimbangkan akibat daripada pandangan itu. Akal yang sering diasah pasti kuat dan kukuh.
*"Menyimbah" Api Neraka Jahanam*
Oleh sebab pandangan mata itu pintu syahwat, yang membuat iman jadi tergugat lalu tertarik hendak berbuat maksiat. Apabila sudah buat maksiat,sudah tentu api neraka menjadi tempat kembalinya..Tahanlah pandangan, InsyaAllah terpadamlah jahanam.
*Menguatkan Hati dan Menyalakan Keberanian*
Ada disebut di dalam athar "siapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan menjadi takut kepadanya." Jika syaitan takut, sudah tentu hati yang sering direbut syaitan itu menjadi kuat. Bila hati kuat, keberanian menjadi mantap.
*Kepuasan Menahan Nafsu*
Kita pasti berasa nikmat dan gembira apabila memperoleh sesuatu kejayaan. Begitu juga kegembiraan yang kita akan nikmati apabila berjaya bermujahadah diri menahan pandangan.
*Mudah Menerima Ilmu*
Berkata Waqi', guru Imam Syafi'i:"Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak menembusi hati yang berbuat maksiat." Pandangan mata yang tidak dijaga memberi kesan pada hati. Jika hati hitam, sukarlah cahaya ilmu menadahnya.
*Menguatkan Firasat Yang Benar*
Orang beriman yang bersih hatinya lantaran menjaga pandangan mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat. Firasat itu buah cahaya. Jika hati bersih bercahaya, firasat sukar meleset.
*Bebas Daripada Penyesalan*
Sekali sengaja memandang, ingatannya sukar dibuang. Tika itu hati sukar bersabar, dosa mudah menyambar. Apabila sudah terjebak, air mata penyesalan tidak mampu lagi mengundur masa.