Angin bawa ku ke sana
Kabarkan berita
Rintihan suara
Lemas dalam perasaan
Zahir keriangan batin kesayuan
Dan tiada siapa menduga
Senyuman gembira mengaburi mata
Bukan maksud ku sembunyikan dari mu
Kerana di hati ku sering diburu
Rasa pilu
Kelam bergelumangan waktu
Masa yang ku lalu
Begitu cemburu
Tidak sanggup ku luahkan
Apa yang terpendam
Esok menentukan
Dan selembar warkah keputihan
Bersama coretan tergambar kenyataan
Terimalah dengan kesabaran
Menjadi lukisan gambaran kehidupan
Suratan hidup ku
Dan bukan mahu ku
Terbentang indah dari bayang waktu
Kabarkan berita
Rintihan suara
Lemas dalam perasaan
Zahir keriangan batin kesayuan
Dan tiada siapa menduga
Senyuman gembira mengaburi mata
Bukan maksud ku sembunyikan dari mu
Kerana di hati ku sering diburu
Rasa pilu
Kelam bergelumangan waktu
Masa yang ku lalu
Begitu cemburu
Tidak sanggup ku luahkan
Apa yang terpendam
Esok menentukan
Dan selembar warkah keputihan
Bersama coretan tergambar kenyataan
Terimalah dengan kesabaran
Menjadi lukisan gambaran kehidupan
Suratan hidup ku
Dan bukan mahu ku
Terbentang indah dari bayang waktu