cerita kita

Monday, May 4, 2009

~thE arts of trouble~

Arts of trouble..sound nice rite..


aku berkata atas dasar seorang yang suka menimbulkan masalah..TROUBLE..sememangnya akulah org yang pakar dalam mewujudkan situasi seperti itu.Hidup sememangnya tidak dapat lari dari masalah.Tidak dapat tidak setiap orang itu pasti akan berhadapan dengannya.(aku mula mengarut bila otak ku ligat berebut2 utk meluahkan yang terpendam)

Kusut2..makin mengusutkan keadaan..Masalah bukannya besar sgt tp diperbesar-besarkan.. Begitulah manusia bila perasaan mula berperanan menguasai diri..Semuanya nak ikut perasaan..Termasuklah aku..Orang cakap manusia sememangnya tidak sempurna.Betul..Tapi sampai bila??(siapa nak jawab angkat tangan)

Terkadang terfikir juga aku akan perihal masalah yang senantiasa dilahirkan oleh diriku yang tidak sempurna ni..Khilaf sentiasa.Kenapa ye??Nak kata hobi tu tak de la sgt..Tidur lagi bagus.. Tapi fikir2 balik kan aku rasa masalah tu mcm satu seni..hehe(idea apa aku kuakn ni..sape setuju?) Bukan ape..timbulnya masalah sebab adanya kekurangan..Apabila adanya kekurangan kita perlukan penambahbaikan..Untuk penambahbaikan kita perlukan kepada penyelesaian. So penyelesaian mesti bermula dr masalah..Ada masalah ada lah penyelesaiannya..(Hoorey akhirnya aku dapat menghuraikan seni masalah)

Adakah orang yang menimbulkan masalah itu sebenarnya bermasalah??hehe aku pun xtau nk jwb mcm mana.(x..org yang menimbulkan masalah tu org yg berseni..hehe) Yang aku tahu dalam sebulan aku pasti menimbulkan masalah..Pernah seorang insan mengingatkan aku ttg ini..Dan atas kesedaran itu aku cuba untuk bertahan drp menghasilkan masalah..Hampir2 berjaya sbb at last aku create problem yg aku rasa tidak la besar mana pun..kecik je..

So aku nak bercerita ttg masalah shj..Smlm masalah..hari ni pun masalah..Walaupun masalah bertimpa2 aku sgt berharap dapat hadapinya dengan tabah..Wpun aku tahu aku adalah seorang yang cepat melenting.Demimu masalah,maka aku harap diri ini dapat berubah.Masalah menjadikan kita untuk lebih berwaspada serta matang.

Sebenarnya aku baru sedar akan hal ini baru sekejap tadi bila aku mula bercerita kpd dia yang sering menasihati aku.Tapi sebenarnya paling baik adalah mengadu kepada Allah.Bukan apa tapi td secara kebetulan on9 ngan kaunselor aku..Sekadar untuk meringankan ape yang ditanggung krn aku tidak terfikir aku mampu untuk bercerita kepada dia, teman rapatku..Fuhhh..membebel byk sgt tiada guna juga kalau diri sendiri tidak berubah..Orang kata..Cakap byk2 akan lebih menonjolkan kelemahan kita..Ni dah jadi karangan ni..Bertimbun2 aku punya kelemahan..hehe Dat's why..silent is easy.......ok stop!

Wahai hati..sabarlah..Semoga cekal mengharungi dugaanNya.Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.....(Ya ayyuhannafsul muthma'innah.Irji'e ila rabbiki radhiatan mardhiyyah.)..Semoga hatiku tenang dan diredhaiNya.


7 comments:

ishikawa junko said...

i learnt to keep everything in me.. and it help me be a better person each and everyday... its good..

lavender_purple said...

keep everything??owh..tired..
exhausted...really2 feel it..huhu

ain said...

thanx mardiyah ajar mende tomey tuh

Geekspro said...

Konflik datang bila kte gagal memahami tabiat org lain..dengan kata lain kte kekurangan sifat empati..

Dengan sifat empati kte boleh elakkan konflik dari berlaku..

Neraca timbangannya adalh diri kte sendiri...seandainya kte tak suka org perlkukan kte dengan sesuatu perbuatan maka jangan buat kat org len..

lavender_purple said...

k.ain: mesti u punye blog dh comey2..

geekspro: look like dats all my fault..sy pnh dgr ade org ckp msm ni jgk pd sy dlu..tp kn klu mmg org xphm kite mcm mane lak??susahkan untuk memahami dan difahami..xtually.thanxs

Geekspro said...

Bukan Mcm Tu Ana Maksudkan :
Cuma salah satu cara mengelakkan konflik bila kita memahami this golden rule:

"What you do not want done to yourself, do not do to others"


---------------------------------

Apabila ini sudah kita fahami tapi tidak difahami oleh org lain konflik masih boleh berlaku...apapun bila kita sudah betulkan diri insyaAllah org sekeliling kita akan ok

lavender_purple said...

InsyaAllah..Syukran..ape yg ana phm di sini semuanya bermula dr diri kita sndirikn?elok diri maka eloklah sekeliling kita..