cerita kita

Sunday, May 17, 2009

~sungguh aku suka ini~

.: menyintai tidak bermakna memiliki:.


Jangan kau angkuh melaungkan..
Si dia kepunyaanmu..
Atau kau kepunyaan si dia..
Kerana hakikatnya..
Kita tidak pernah memiliki sesiapa..
Walau sekeping hati seorang insan..
Tidakkah kau sedar..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak semestinya memiliki..
Manusia pandai berpura..
Berlakon di pentas dunia..
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati..
Tidak pernah berdusta pada empunya..
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..
Tidakkah kau sedar..
Mungkin si dia melafazkan..
Ungkapan cinta padamu..
Tetapi hati dan perasaannya..
Tidak pernah berniat begitu..
Dia hanya berselindung..
Di sebalik sejuta alasan..
Dan kau..
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya..
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak pernah memiliki diriku..."
Mengertilah..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa..
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita..
Kecuali Dia..
Dia mengasihi hambaNya..
Dia memiliki hambanNya..
Dan kepangkuan Dia kita akan dikembali...

::: sungguh aku suka ini...tersirat penuh makna..terima kasih Exco Dakwah JPP 09/10 kerana telah menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan..:::

3 comments:

nadiah said...

huhu3...aq pom suke membace nyer...
terima kasih siti marD..
kongsi2 cite gn aq..
ngetop kamo..hahahaa3..^_^

ainko said...

amboih3

lavender_purple said...

nadiEyaH : suke suki jgk kamu ye...
suka jgk berkongsi..tp situasi menampakkn anda bz skrg ek..
kawen pakse??hehe

k.ain : amboi2 jgk la..hehe