cerita kita

Tuesday, December 7, 2010

Hijrahlah...

Salam Maal Hijrah 1432...Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menikmati anugerah Allah, bernafas,bergerak,merasa,menghidu etc..pada 1 Muharam ini..Alhamdulillah...

Syukur juga kerana aku masih ingat lg apa itu Maal Hijrah..Perkiraan tahun Islam..Bukan duk ingat tahun masihi jer..Bermula hijrah Rasulullah s.a.w dr Mekah ke Madinah..Hijrah pada waktu itu ialah berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain..(Tu pada zaman perjuangan Islam) So, sekarang kita dalam keadaan yang maju org kata..apa maksud hijrah untuk kita?? (utk aku la..ape ye??)

Hijrah itu Pengorbanan....
Hijrah itu Perjuangan..
Hijrah itu Persaudaraan...
Hijrah itu membentuk Perpaduan...

Kalau dulu..Pengorbanan buat orang Islam dr Mekah ke Madinah..meninggalkan keluarga tercinta,harta dan kedudukan...sekarang..mampukah kita???

Kalau dulu...Perjuangan dalam hijrah itu adalah utk Islam...seperti juga warga Palestin yang ditentang hebat oleh Israel..Perjuangan utk menegakkan kebenaran,menegakkan ad-din.. Para sahabat berjuang,berkorban utk agama Islam yg mulia ini..Tapi sekarang??? apa perjuangan kita utk Islam???(soalan utk aku jgk..huhu) Kita tegar melihat anak bangsa makin dihimpit dengan anasir barat..Permainan Yahudi untukmenjatuhkan Islam semakin kuat..Apa perjuangan kita wahai belia Islam???(ask urself??me too)

Kalau dulu perkara pertama yang Rasulullah s.a.w lakukan apabila tiba di Madinah ialah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar...Kita sekarang bagaimana???Negara kita berbilang bangsa..tetapi makin ramai yang menjadi batu api..bukan sahaja krisis perkauman malahan sesama bangsa sendiri..Lihatlah sendiri sekarang..(aku xmau komen..huhu)

Kalau dulu hijrah itu membentuk perpaduan...Hasil daripada kepimpinan Rasulullah s.a.w. maka terjadilah Piagam Madinah,iaitu perjanjian bertulis yg pertama di dunia..Menerusi Piagam Madinah maka terbentuklah perpaduan yang erat bukan sahaja kaum Muhajirin dan Ansar malahan antara orang Islam dan juga bukan Islam..Dan dari situ jugalah terbentuk Negara Islam yang Pertama..Madinah al-munawwarah..Maka kita hari ini apa yang ada??? cukupkah dengan slogan 1Malaysia 1Ummah?? (lu pikir la sendiri..kata Nabil)..

Sekarang memang otak aku ligat mahu mencurah segala isi yang ade..Tapi bak kata orang cakap xserupa bikin..Mungkin itulah kita sekarang..(aku le tu)..Cakap memang sedap..memang senang tp mana hasilnya??Aku sendiri pun memang xkuat mana..Iman aku ni kalu nk dibandingkan memang rapuh...Aku mahu bertanya juga pada diri sendiri..maha hala tuju hijrah aku???confuse..

Pengorbanan dan perjuangan adalah rencah penting utk hijrah..Untuk menghadapi arus perubahan dalam diri...(mungkin org yg baca post ni ase jelik ngan aku kot..tp ikut korang la..ade aku kisah??) Niat dalam diri sentiasa mahu berubah..mahu menjadi lebih baik..Mahu hari ini lebih baik dari semalam dan esok mesti lagi baik dr hari ini..Setiap masa terdetik begitu di hati aku..Mungkin aku ni anak Adam yang lemah.lemah dengan hasutan syaitan,nafsu dunia melebihi daripada akhirat..Astgharfigrullah...


Ya Allah..ku mohon petunjukMu Ya Allah..
Ya Rabbi..ku mohon diampunkan dosa-dosaku yang tidak sempat aku bertaubat pada tahun lepas...
Ya Rahman..ku mohon diberi kekuatan iman dalam diri ini..
Ya Rahim..ku mohon kasih sayang Mu untuk terus pelihara aku daripada perbuatan yang keji..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi segala nikmat yang aku ada sekarang..dan Engkau berhak untuk mengambil semula apa yang Engkau pinjamkan kepadaku..
Ya Malik..Tuhan yang mempunyai alam ini..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi...
Ku pohon keredhaan Mu Ya Allah..



No comments: